Tabuh berbunyi sendiri, ada ‘benda’ ajak Noraniza Idris main
Share
Tabuh berbunyi sendiri, ada ‘benda’ ajak Noraniza Idris main | Breaking News & Latest Malaysia Updates

Tabuh berbunyi sendiri, ada ‘benda’ ajak Noraniza Idris main — 1 Mei 2025, 4:00 pm PETALING JAYA: Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris, mendedahkan pernah mengalami peristiwa misteri selepas pulang daripada latihan ...
1 Mei 2025, 4:00 pm
PETALING JAYA: Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris, mendedahkan pernah mengalami peristiwa misteri selepas pulang daripada latihan lagu Ngajat Tampi untuk sebuah pertandingan nyanyian beberapa tahun lalu.
Bercerita lanjut, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani memang minat mengumpul barangan etnik dan kebudayaan di rumah.
“Sebulan hingga sebulan setengah sebelum pertandingan, saya mula buat persiapan, pergi Sarawak untuk beli barang.
“Saya pula pencinta barang antik termasuklah gamelan dan gendang. Kadang saya beli borong dan simpan barang di rumah,” ceritanya menerusi sebuah temu ramah podcastSembang Seramyang tular.
Bagaimanapun, penyanyi itu tidak menyangka barang yang dibelinya mempunyai pendamping yang mengajaknya ‘bermain’ pada malam hari.
“Satu hari selepas buat latihan bersama penari, saya pulang dan cuba untuk ingat semula pergerakan. Saya pun nyanyian semula rentak lagu itu ‘tap tap tap’.
“Tiba-tiba ada bunyi sahut ‘tap tap tap’. Mula-mula ingat salah dengar atau khayalan. Saya buat sekali lagi bunyi itu, dan ada yang bunyi juga datang daripada gendang kecil tabuh.
“Saya simpan tabuh di tangga, bila berbunyi saya rasa ada tak kena seolah benda itu bermain dengan kita. Saya tutup lampu dan terus naik ke atas rumah,” ceritanya.
Keesokan harinya, Kak Ani cuba mengulang kejadian malam tadi, namun tabuh berkenaan kembali normal.
“Esok siang saya cuba lagi ‘tap tap tap’ tapi tak kuat. Tak sama dengan bunyi semalam yang saya dengar sangat dekat,” ceritanya.
Untuk rekod, Noraniza Idris menyanyikan lagu Ngajat Tampi semasa Anugerah Juara Lagi pada 2000. -UTUSAN
Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.
Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan
Sudah melanggan?Log Masukuntuk membaca berita sepenuhnya