Manivanan menang Ketua Cabang PKR Jempol
Share
Manivanan menang Ketua Cabang PKR Jempol | Breaking News & Latest Malaysia Updates

Manivanan menang Ketua Cabang PKR Jempol — 1 Mei 2025, 9:52 pm SEREMBAN: Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, G. Manivanan memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Jempol dalam pemilihan semula...
1 Mei 2025, 9:52 pm
SEREMBAN: Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, G. Manivanan memenangi jawatan Ketua Cabang PKR Jempol dalam pemilihan semula untuk jawatan itu yang diadakan hari ini.
Menerusi keputusan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Manivanan meraih 571 undi menewaskan dua lagi pesaingnya iaitu Muhammad Asri Abdullah yang mendapat 229 undi dan K. Mariappan dengan 39 undi.
Seramai 1,028 ahli PKR Jempol layak mengundi dalam pemilihan tersebut dengan 842 kertas undi dikeluarkan.
Pemilihan semula bagi jawatan Ketua Cabang PKR Jempol itu diadakan selepas keputusan terdahulu yang menyaksikan kemenangan Azizah Salim Shah dibatalkan.
Ia berikutan pendedahan bahawa Azizah masih merupakan ahli parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) semasa bertanding, sekali gus melanggar syarat keanggotaan dalam PKR. –UTUSAN
Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.
Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan
Sudah melanggan?Log Masukuntuk membaca berita sepenuhnya